
Portugal muncul juara UEFA Nations League apabila menewaskan Sepanyol 5-3 dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2 dalam 90 minit perlawanan yang berlangsung di Allianz Arena.
Sepanyol mendahului menerusi Martin Zubimendi pada minit ke-21 namun Portugal menyamakan kedudukan menerusi Nuno Mendes pada minit ke-26.
Sepanyol sekali lagi di depan menerusi jaringan Mikel Oyarzabal pada minit ke-45.
Namun, Portugal sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi jaringan Cristiano Ronaldo pada minit ke-61.
Kedudukan 2-2 kekal selepas tamat 120 minit perlawanan, memaksa penentuan sepakan penalti.
Portugal berjaya menyempurnakan semua sepakan penalti menerusi Gonçalo Ramos, Vitinha, Bruno Fernandes dan Nuno Mendes.
Sepanyol menyempurnakan sepakan penalti menerusi Mikel Merino, Alex Baena dan Isco namun Alvaro Morata gagal menyempurnakan sepakan penalti.
Ini memberikan peluang kepada Ruben Neves yang menyempurnakan sepakan penalti sekaligus menghadiahkan kejuaraan kepada Portugal.