Malaysia Berita

JDT kekal fokus

Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menjelaskan bahawa tiada pasukan pilihan pada perlawanan akhir. Perlawanan akhir merupakan perlawanan yang lain daripada yang lain. Apa sahaja boleh berlaku dalam perlawanan tersebut.

‘Kami tidak memandang pasukan kami sebagai pilihan. Kami menghormati pasukan Kedah. Perjalanan kami masih panjang untuk terus mencipta sejarah. Kami ingin menang’, tegasnya lagi.

Para pemain telah memberikan yang terbaik sepanjang musim. Ada beberapa pemain juga beraksi bersama pasukan kebangsaan (Malaysia). Namun begitu, kesemua pemain dalam keadaan cergas dan bersedia untuk turun ke medan perang.

Mora turut berharap pemain-pemain yang sudah biasa beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil bersama pasukan kebangsaan dapat membantu pasukan. Beliau juga percaya perkara ini penting dan merupakan kelebihan buat pasukan. 

Dalam pada itu, Mora berharap perlawanan pada malam ini tidak diheret ke masa tambahan kerana beliau ingin mengelakkan tekanan dan ingin pemain terus cergas. 

‘Apa yang paling penting ialah para pemain mengikut arahan dan strategi yang dilaksanakan dan lihat apa hasilnya’, katanya dihujung bicara.