Johor Darul Ta’zim muncul juara Piala Malaysia 2019 setelah mudah menewaskan Kedah di Stadium Nasional Bukit Jalil malam semalam.
Turun sebagai pasukan pilihan, JDT menguasai hampir keseluruhan perlawanan dengan mencipta percubaan. Malang pula menimpa Kedah yang kehilangan bek kiri, Azmeer Yusof yang mengalami kecederaan pada awal babak pertama. Nasib sama menimpa JDT yang kehilangan pemain serangan, Diogo dan digantikan dengan penyerang kebangsaan, Syafiq Ahmad.
Berbeza pula dengan Kedah yang kehilangan dua tonggak utama Renan Alves dan Rizal Ghazali akibat penggantungan, diuji seawal minit pertama perlawanan dan hampir menembusi gawang gol menerus tandukan Aidil Zafuan yang terkena tiang pada minit ketiga. Serangan demi serangan yang dilancarkan JDT akhirnya membuahkan hasil apabila gerakan cantik yang bermula daripada Syafiq Ahmad dan Gonzalo Cabrera berjaya disudahkan oleh Leandro.
26’| GOL LEANDRO!
JDT membuka jaringan dalam perlawanan pada malam ini dengan gerakan menarik dari sebelah kiri disudahkan oleh Leandro Velasquez!@official_kfa 0-1 @OfficialJohor #PialaMalaysia2019 #MFLLive#KEDJDT pic.twitter.com/rnWP7k1Sul
— MFL LIVE (@MFL_Live) November 2, 2019
Skuad Harimau Selatan memperoleh gol kedua menerusi sepakan percuma cantik yang dihasilkan oleh Safawi Rasid. Gol ke-11 pemain kebangsaan ini sedikit kontroversi apabila bola yang disepak dilihat seakan-akan tidak melepasi garisan gol. Namun, pengadil perlawanan tetap dengan keputusan yang telah diambil.
35’| GOL SAFAWI!
JDT menambah jaringan dalam perlawanan ini selepas menyempurnakan sepakan percuma baik menewaskan Ifwat Akmal!@official_kfa 0-2 @OfficialJohor #PialaMalaysia2019 #MFLLive#KEDJDT pic.twitter.com/S4xyWhx5Iw
— MFL LIVE (@MFL_Live) November 2, 2019
Anak buah Benjamin Mora terus menerus dengan asakan bertali arus ke gawang gol Kedah dan berjaya mendapatkan gol ketiga menerusi tandukan kemas Syafiq Ahmad yang mudah menewaskan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal.
58’| GOL SYAFIQ!
Syafiq Ahmad menambah jaringan buat JDT untuk gol ketiga mereka pada malam ini!@official_kfa 0-3 @OfficialJohor #PialaMalaysia2019 #MFLLive#KEDJDT pic.twitter.com/E99XrbDKyu
— MFL LIVE (@MFL_Live) November 2, 2019
JDT ternyata lebih gagah diatas padang dengan corak permainan yang lebih baik dan berkualiti. Para pemain yang mempamerkan aksi cemerlang sepanjang perlawanan sememangnya berhak untuk mendapat kemenangan sekaligus menjulang Piala Malaysia buat kali kedua selepas dua tahun lepas.