Malaysia Berita

Stadium Astro tampil beri penjelasan

Kekalahan yang dialami penyokong Manchester United kian dilihat semakin meruncing sehingga memberi kesan kepada Astro yang dilihat terkena tempias atas penularan khabar angin palsu semalam.

Semalam, semua platform media sosial gempar dengan penularan satu poster digital yang mengumumkan bahawa tiada lagi perlawanan melibatkan Manchester United disiarkan di saluran sukan Astro dan akan bertukar siaran ke saluran kartun kanak-kanak. Penularan poster digital ini mendapat respon hangat daripada khalayak ramai.

Stadium Astro yang menguruskan saluran sukan dengan pantas memberi reaksi bahawa poster yang disebarkan itu tidak benar. Dalam pada itu, saluran Cartoon Network APAC di laman facebook pula menjawab respon tersebut dengan mengeluarkan kenyataan seperti berikut, ‘Kami ingin memastikan bahawa khabar angin yang mengatakan perlawanan melibatkan Manchester United akan disiarkan di saluran ini adalah palsu dan saluran tersebut sudah sarat dengan komedi yang menghiburkan.’

Lewat petang semalam, Stadium Astro menghantar satu lagi ciapan di laman sosial twitter untuk mengelakkan kekeliruan dan memastikan agar semua penonton menonton  saluran sukan Astro yang akan memaparkan perlawanan secara langsung Liga Perdana Inggeris diantara Manchester United dan Liverpool pada 20 Oktober depan.

Jenaka sedemikian sedikit sebanyak mengubat duka serta menghiburkan hati para peminat United yang nyata kecewa dengan persembahan semasa anak buah Ole Gunnar Solksjaer.