Piala FA Malaysia Berita

Shopee Piala FA – Pahang lawan Terengganu FC, pertemuan dua pasukan Pantai Timur

Terengganu FC (TFC) semestinya akan menggunakan kelebihan 2-1 keatas Pahang apabila mereka bertandang ke Stadium Darul Makmur bagi saingan suku akhir kedua Piala FA, jumaat ini.

Manakala Pahang pula tidak akan membenarkan TFC untuk bangkit lebih tinggi apabila akan menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri.

Terengganu dalam pemburuan trofi Piala FA yang ketiga apabila kali terakhir memenangi trofi ini adalah pada 2011, manakala bagi juara bertahan Piala FA tahun lalu, Pahang semestinya ingin menambah koleksi piala yang dimenangi pasukan ini.

Tetapi harus diingat, pertembungan derbi pantai timur ini akan memberi aksi yang menarik buat kedua-dua pasukan dan memerlukan komitmen yang tinggi bagi mencari gol kemenangan buat Pahang serta bertahan dengan kelebihan buat Terengganu.

Bagi pemain Pahang berusia 29 tahun, Mohd Faisal Rosli berkata, “saya lihat jentera hadapan diketuai Kipre Tchetche semakin bagus yang memerlukan kami bekerja keras mempertahankan gawang daripada dibolosi.

“Walaupun TFC dilihat memiliki kelebihan, aksi di laman sendiri akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mempertahankan piala dimenangi tahun lalu.

“Saya percaya peluang masih ada buat Pahang untuk mengisi slot separuh akhir terutama memperkasakan pasukan terutama ketajaman di bahagian serangan,” katanya.