Luar Negara Berita

Penyokong Tottenham berang dengan ulat tiket

Penyokong Tottenham Hotspur mungkin terlepas peluang untuk menyaksikan pasukan mereka bermain perlawanan pertama Liga Perdana di stadium baru selepas dikhabarkan tiket dijual semula untuk harga yang lebih tinggi.

Tiket untuk perlawanan menentang Crystal Palace di Stadium Tottenham Hotspur dijual pada pukul 10 pagi, tetapi ramai penyokong yang menunggu lebih dari satu jam untuk membeli tiket.

Stadium yang mampu memuatkan 62,062 penyokong dalam satu masa telah memperuntukkan 42,000 tempat duduk kepada pemegang tiket semusim, jadi tidak menghairankan bahawa banyak peminat kecewa bahawa terdapat tiket yang dijual semula.

https://twitter.com/RevDavidGreen/status/1110259465733980161?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed&ref_url=safari-reader%3A%2F%2Fwww.sportbible.com%2Ffootball%2Fnews-tickets-for-spurs-first-match-at-new-stadium-being-resold-20190325

Sebagai contoh, StubHub mempunyai dua tiket yang dijual lebih dari £1,000 dan mendatangkan kemarahan di media sosial apabila beberapa penyokong meluahkan rasa tidak puas hati pada tiket yang dijual semula.

Berikutan daripada aduan orang ramai, Liga Perdana telah mengeluarkan kenyataan menafikan laman web tersebut.

“Semua laman web di bawah adalah penjual tanpa kebenaran dan TIDAK PERNAH DIGUNAKAN untuk membeli tiket untuk perlawanan Tottenham Hotspur,” kata kenyataan itu.

“Penyokong akan membayar lebih tinggi daripada harga asal untuk tiket dan anda boleh dinafikan kemasukan ke dalam stadium atau dikeluarkan.

“Banyak tiket yang dijual oleh agensi yang tidak diiktiraf atau menjual secara tidak rasmi dan oleh itu tidak sah.

“Tiket untuk semua perlawanan Tottenham Hotspur hanya boleh dibeli daripada penjual rasmi.

“Harap maklum bahawa tiket yang dibeli dari laman web/agensi tidak rasmi, laman media sosial, atau dari ulat tiket adalah tidak sah dan anda mungkin tidak dibenarkan masuk atau dikeluarkan dari stadium.

“Penjualan tiket perlawanan yang tidak sah untuk sebarang nilai kewangan adalah kesalahan jenayah di bawah undang-undang UK dan merupakan perkara yang kami ambil dengan sangat serius.”