Luar Negara Berita

Mourinho ucap ‘good luck’ pada sesiapa yang mahu mendapatkan Mbappe

Jose Mourinho memberi pendapat mengenai jurulatih baru Real Madrid, Zinedine Zidane, dalam masa yang sama beliau turut memberikan pendirian beliau berkenaan usaha kelab gergasi Sepanyol tersebut untuk mendapat penyerang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe.

Pengendali daripada Portugal itu sudah tidak bertugas sebagai pengurus  sejak Manchester United memecatnya pada bulan Disember.

Mourinho pertama kali membincangkan mengenai Zidane semasa wawancara dengan Canal Plus France.

“Saya fikir ia terlalu awal untuk bercakap mengenai kariernya di Real Madrid, tetapi dalam masa yang singkat ini dia telah memenangi apa yang orang tidak boleh mencapainya, iaitu tiga Liga Juara-Juara berturut-turut,” kata Mourinho.

(Photo by liewig christian/Corbis via Getty Images)

Jurulatih kontroversial itu kemudiannya diminta memberikan pandangannya tentang apa yang Zidane perlu lakukan untuk meneruskan kejayaannya

“Ini adalah permulaan era baru bagi beliau dan pemain,” katanya.

“Dia perlu masuk dan membina pasukan baru.

“Dia harus membawa pemain baru dan juga mengawasi pemain lain.

“Dia perlu meninggalkan tanda.

“Saya percaya dia adalah orang yang tepat untuk pekerjaan.

Mourinho juga memberi pandangan mengenai Mbappe yang mungkin akan membuat langkah besar menuju Los Blancos pada musim panas akan datang.

“Fakta bahawa dia menjadi pemenang Piala Dunia pada usia muda akan terus hidup dalam memori semua orang,” kata Mourinho.

“Kadang-kadang anda berpijak di atas kaki sendiri dan berakhir dengan pasukan yang luar biasa, tetapi itu tidak berlaku untuknya.

(Photo by Mehdi Taamallah/NurPhoto via Getty Images)

“Dia adalah salah satu sebab utama mengapa Perancis memenangi Piala Dunia 2018.

“Saya tidak mengatakan dia adalah yang terbaik di dunia, tetapi dia boleh dikatakan pemain yang paling berpotensi dalam bola sepak dunia pada masa ini.

“Jika saya sedang mengurus, saya tidak akan cuba menandatangani Mbappe.

“Saya fikir dia tidak dapat dibeli dan saya ingin mengatakan good luck kepada sesiapa sahaja yang cuba menandatanganinya.