Kajian & Analisis

Bagaimana Paris Saint-Germain mengelak daripada kerugian – jual pemain, sokongan daripada Qatar, peningkatan modal….

Gergasi Perancis, Paris Saint-Germain menutup musim 2017/18 dengan kewangan positif sebanyak €31,510,000, angka terbaik yang pernah mereka hasilkan.

Angka besar itu datang daripada Direktorat Kawalan Pengurusan Nasional (DNCG) dan terdapat kebimbangan sebelum ini bahawa PSG kemungkinan akan dihukum Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) berhubung dengan peraturan Financial Fair Play (FFP), tetapi mereka secara ajaib dapat melepasi hukuman tersebut.

Bantuan kewangan daripada Qatar dan beberapa penjualan pemain telah melepaskan PSG daripada hukuman UEFA, menurut Palco23, sebuah akhbar ekonomi yang khusus tentang ekonomi sukan.

(Photo by Chloe Knott – Danehouse/Getty Images)

Malah, Palco23 menulis dalam laporannya bahawa PSG akan menamatkan musim dengan kerugian sebanyak €101,250,000 jika bukan disebabkan dua faktor ini.

Alasan kenapa angka ini terlalu besar adalah disebabkan polisi yang dilakukan oleh presiden kelab tersebut, Nasser Al-Khelaifi yang membayar gaji pemain dengan angka yang besar dan bayaran perpindahan yang tinggi.

Semasa kempen 2017/18, PSG membayar hampir €500 juta untuk gaji dan pembayaran hutang, dengan €343.25 juta sebagai jumlah pembayaran gaji dan €147.68 juta dibayar untuk menyelesaikan hutang.

(Photo by Anthony Dibon/Icon Sport)

Menurut Palco23, PSG berhasrat untuk mengurangkan hutang kelab dengan menggunakan Qatar Sports Investment (QSI) bagi memperluaskan modal saham kelab itu kepada € 316 juta.

Biarpun inisiatif ini tidak melepaskan mereka daripada keraguan orang ramai mengenai kewangan mereka, PSG mula menjual pemain di kedua-dua musim perpindahan – Januari dan musim panas – bertujuan untuk meningkatkan kestabilan ekonomi mereka. Oleh itu, dalam dua tempoh perpindahan tersebut, mereka telah menjual Lucas Moura, Javier Pastore, Yuri Berchiche dan Odsonne Edouard.

Palco23 turut menyenaraikan pendapatan PSG pada musim 2017/18 :

Penajaan : €265,570,000
Pemindahan : €161,000,000
Hak televisyen : €127,920,000
Hospitality : €38,820,000
Tiket : €59,480,000
Lain-lain : €5,680,000

(Photo by Anthony Dibon/Icon Sport)

Seperti mana-mana perniagaan, PSG tidak hanya bergantung kepada QSI untuk membantu mereka, memandangkan mereka telah melabur €1.35 bilion sejak membeli kelab itu pada tahun 2011.

Oleh itu, ia menjadi tanggungjawab penyokong PSG untuk meningkatkan nilai kelab mereka. Ia telah dibuktikan dengan kehadiran Neymar dan Kylian Mbappe pada musim 2017/18 apabila PSG berjaya menjual 800,000 baju dan angka tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 80% lebih banyak daripada tahun sebelumnya.