Luar Negara Berita

‘Saya tidak bimbang, saya tahu badan saya’ – Ronaldo

Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo terpaksa dibawa keluar selepas mengalami kecederaan di bahagian paha ketika perlawanan menentang Serbia pada kempen kelayakan EURO 2020.

Beliau dibawa keluar pada minit ke-28 dan digantikan dengan Pizzi.

Juventus bakal menghadapi Ajax di suku akhir Liga Juara-Juara dalam masa 16 hari, dengan pusingan pertama akan berlangsung di Amsterdam pada 10 April sebelum perlawanan kembali di Turin pada 16 April.

(Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

Sejak kempen 2015/16, Ronaldo tidak pernah mengalami kecederaan otot.

“Saya tidak bimbang,” kata Ronaldo selepas perlawanan itu kerana dia memberi jaminan kepada penyokong Juventus.

“Saya tahu badan saya dan saya tahu saya akan menjadi baik dalam masa dua minggu.”