Luar Negara Berita

Sorakan berbaur perkauman kedengaran pada malam kemenangan England

England berjaya mencatat kemenangan ke lima selepas berjaya melakar kemenangan ke atas Montenegro, 5-1, awal pagi tadi.

Kemenangan ini tercetus kontroversi apabila Raheem Sterling meraikan jaringan beliau dengan menutup telinga di hadapan penyokong tuan rumah sambil memberi isyarat menutup mulut orang yang rasisi,

“Cara terbaik untuk menutup mulut pengkritik (dan ya, saya maksudkan orang yang rasis),” kata Sterling menerusi akaun Twitter miliknya.

Pengendali England, Gareth Southgate berjanji akan melaporkan kepada Kesatuan Bolasepak Eropah selepas mendengar sorakan berbaur perkauman yang ditujukan kepada Danny Rose.

“Saya mendengarnya dengan jelas ketika Danny Rose dilayangkan kad kuning pada minit akhir perlawanan.

“Kami akan pastikan perkara ini akan dilaporkan kepada UEFA kerana perkara seperti ini tidak boleh diterima. Kami perlu pastikan kami memberi sokongan kepada pemain kami,” katanya.

(Photo by Michael Regan/Getty Images)

England yang ketinggalan seawal minit ke-17 menerusi jaringan pasukan pelawat, Marko Vesovic kembali menyamakan kedudukan dengan tandukan daripada Michael Keane pada minit ke-30.

Anak buah Southgate terus berpesta gol dengan dua jaringan daripada Rose Barkley minit ke-39 dan 59, Harry Kane (71) dan Sterling (81).

Dalam perkembangan yang sama, Callum Hudson-Odoi, 18 tahun yang tidak pernah membuat penampilan dalam kesebelasan utama Chelsea turut diberi kepercayaan membarisi kesebelasan utama England bersama-sama Declan Rice, 20 yang turut membuat penampilan pertama.

“Dia menunjukkan prestasi yang menakjubkan. Kamu boleh lihat bakat dimilikinya dan dia perlu teruskan prestasi seperti itu,” kata Southgate.