Liga Super Malaysia

Rekod Tanpa Kalah AC Milan Lebur Di Tangan Inter Milan

Inter Milan berjaya menewaskan seteru mereka AC Milan dengan jaringan 3-2 awal pagi tadi di San Siro untuk meleburkan rekod tanpa kalah lima perlawanan pasukan kendalian Gennaro Gattuso.

Kemenangan ke atas AC Milan menjadikan pasukan Inter naik satu anak tangga untuk memintas AC Milan di tempat ketiga dengan 53 mata, dua mata di belakang Milan yang berada di tempat keempat.

Jaringan daripada Matias Vecino, Stefan De Vrij dan penalti Lautora Martinez melegakan pengendali Inter, Luciano Spalletti yang menerima tekanan setelah terkeluar daripada saingan Liga Europa selepas tewas ke atas Eintracht Frankurt pada Khamis lalu.

(Photo by Emilio Andreoli/Getty Images)

“Kami perlu berterima kasih kepada Lautaro kerana penaltinya, tahniah kepada (Ivan) Perisic di atas lariannya dan tahniah di atas apa yang mereka lakukan,” kata Spalletti.

“Saya fikir Milan mempamerkan aksi cemerlang dan Gennaro Gattuso sudah pasti bangga dengan pemainnya. Dalam aksi terbuka dan menarik ini, sesiapa sahaja boleh menang atau kalah.

“Bandar Milan terhibur dengan aksi Derby della Madonnina dan kami bangga dengannya.” Katanya.