Malaysia Berita

Cheng Hoe Tak Pilih Bulu

Skuad negara akan membuka tirai kejohanan Piala Airmarine 2019 dengan menentang jiran, Singapura pada 20 Mac 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pengendali negara, Tan Cheng Hoe membayangkan akan menurunkan pemain baharu bagi membarisi kesebelasan utama skuad negara sekaligus menafikan yang beliau mengharapkan pada pemain tertentu.

Bagi beliau, semua pemain di dalam skuad senior negara mempunyai peluang yang seimbang untuk beraksi di kejohanan yang pertama kali dijalankan.

Cheng Hoe bercakap kepara Arena Metro menyatakan bahawa semua pemain tidak boleh terlalu selesa dan perlu berusaha lebih gigih untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama.

“Setiap pemain mempunyai peluang sama rata dan tiada istilah pemain kesayangan atau sudah ada tempat dalam kesebelasan utama kerana pemilihan belum dilakukan lagi.

“Jangan ingat sebelum ini anda berada dalam kesebelasan utama, anda mempunyai kelebihan,” katanya.

Skuad negara sedang menjalani sesi latihan sebagai persediaan mengharungi Piala AirMarine 2019 yang akan berlangsung pada 20 hingga 23 Mac ini.

Beliau juga menjelaskan tahap kecerdasan Nicholas Swirad yang dilaporkan mengalami kecederaan.

“Kita akan melihat keadaan Swirad untuk tempoh empat atau lima hari lagi dan mungkin dia sempat pulih sebelum tarikh perlawanan berlangsung nanti,” katanya kepada Arena Metro