Liga Super Malaysia Berita

Tiga pasukan lulus bersyarat, layak beraksi Liga Super 2025-2026

Kuala Lumpur City, Kelantan Darul Naim FC dan PDRM FC layak beraksi Liga Super musim 2025-2026 selepas memenuhi lesen bersyarat yang ditetapkan oleh FIB bulan lalu.

Ini menyaksikan 3 kelab ini mengesahkan penyertaan 14 pasukan pada musim ini.

FIB sebelum ini mengenakan syarat kepada 3 kelab tersebut untuk mengemukakan dokumen kewangan tambahan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2025.

“Pihak FIB hari ini mengesahkan bahawa semua dokumentasi kewangan tambahan telah diterima daripada ketiga-tiga kelab berkenaan sebelum tarikh akhir penyerahan itu,” kata Pengerusi FIB Pelesenan Kelab MFL, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif.

“Setelah meneliti dan menilai dengan teliti dokumen kewangan tambahan yang dikemukakan itu, FIB telah bersetuju untuk memberikan Lesen Kebangsaan penuh kepada ketiga-tiga kelab tersebut setelah mereka berjaya memenuhi segala keperluan pematuhan yang ditetapkan.”

Turut diberikan Lesen Kebangsaan oleh FIB sebelum ini adalah Johor Darul Ta’zim FC (JDT), Selangor, Penang, Kuching City, Sabah, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Imigresen FC.