Luar Negara Berita

Solskjaer Berjaya Elak Kekalahan Pertama

Manchester United hampir pasti mencatat kekalahan pertama di bawah kendalian pengurus sementara, Ole Gunner Solskjaer malam semalam di tangan Burnley. Terima kasih kepada gol lewat perlawanan daripada Paul Pogba dan Victor Lindelof.

United turun dengan motivasi untuk mencatat kemenangan ke tujuh di bawah kendalian Solskjaer selepas permulaan liga yang buruk bersama Jose Mourinho.

Perlawanan yang berakhir seri pada separuh masa pertama bertukar wajah pada separuh masa kedua dengan dua gol awal daripada daripada pemain Burnley, Ashley Barnes dan Chris Wood.

Tersentak dengan dua gol awal, Manchester United terus mengasak ke kubu lawan dengan beberapa cubaan, tetapi Tom Heaton bertindak cemerlang sebagai penjaga gawang Burnley.

Ketika perlawanan dijangka berakhir dengan kemenangan berpihak pada Burnley, United berjaya menjaringkan gol pada minit ke 87 melalui penalti, Pogba berjaya menjalankan tugas untuk menyempurnakan penalti tersebut. Tiga minit selepas itu, United berjaya menyamakan kedudukan dengan pemain kebangsaan Sweden berjaya menjaringkan gol penyamaan.

Keputusan seri ini berjaya mengelak Solskjaer daripada tewas buat kali pertama dalam tujuh perlawanan.