Liga Super Malaysia Berita

Victor Andrag sukar terima keputusan seri dengan Terengganu

Kedah gagal mencatat mata penuh apabila sekadar seri 2-2 dengan Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Biarpun mendahului 2-1, Kedah terpaksa akur dengan jaringan Kipre Tchetche pada lewat perlawanan apabila sekadar membawa pulang satu mata.

Bagi penolong ketua jurulatih Kedah, Victor Andrag jelas tidak dapat menerima keputusan seri apabila misi mereka adalah untuk mencatat kemenangan di ke atas Terengganu.

“Sukar untuk diterima,” katanya yang mengambil alih tugas selaku pengendali sementara skuad Helang Merah itu selepas ketua jurulatih, Aidil Shahrin Sahak menghadiri kursus lesen profesional di ibu negara.

“Apapun saya harus berterima kasih kepada semua pemain kerana memperagakan aksi terbaik walaupun kekurangan seorang pemain pada 20 minit terakhir perlawanan.

“Kita cuba bertahan untuk lakukan dengan sebaik mungkin untuk mengekalkan jumlah jaringan 2-1 hingga masa kecederaan, tapi apa boleh buat, inilah bola sepak, sebelum lawan berjaya menyamakan kedudukan 2-2 hingga tamat permainan.”