Luar Negara Berita

Dua hari yang amat sukar – Pep Guardiola

Manchester City berjaya membalas dendam kepada Tottenham selepas menang 1-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris.

Sebelum ini City tersingkir dalam kancah elit Eropah selepas tewas di halaman sendiri dengan Spurs dua hari lalu bagi kempen Liga Juara-Juara.

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata sebagai pemain, dia mungkin tidak berupaya melakukan seperti apa yang dibuat oleh anak buahnya.

“Dua hari lalu amat sukar buat kami,” kata Guardiola. “Kami boleh tewas pemburuan Liga Perdana hari ini, selepas hari yang sukar pada Khamis lalu.

“Sebagai pemain, saya mungkin tidak dapat melakukan apa yang pemain saya lakukan hari ini. Pemburuan gelaran masih dalam tangan kami.”

Beliau turut mengulas kekalahan dengan Spurs di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara akibat daripada Video Bantuan Pengandil (VAR)

“Saya memberitahu pemain-pemain saya jika mereka sudah melupakan apa yang berlaku, ia bagus tetapi jika ia tetap menyakitkan, ia juga bagus,” kata bekas pengurus Barcelona dan Bayern Munich itu.