Luar Negara Berita

Cubaan Liverpool untuk dapatkan Asensio perlu libatkan Sadio Mane

Real Madrid akan meminta Sadio Mané dimasukkan dalam perjanjian jual beli jika Liverpool berminat untuk mendapatkan Marco Asensio, lapor media Sepanyol.

Pengurus Liverpool, Jürgen Klopp mahu mencabar gelaran Liga Perdana musim depan dan telah mengenal pasti bintang Madrid, 23, sebagai pemain utama untuk jendela musim panas.

Tetapi El Desmarque melaporkan bahawa perjanjian ini akan datang dengan kos yang besar kepada The Reds.

Liverpool perlu membayar € 75 juta (RM 350 juta) dan memasukkan Mane sebagai salah satu perjanjian jual beli.

Los Blancos telah dikaitkan dengan Mané, 27, dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan Zinedine Zidane berminat menjadikannya pemain utama.

Manakala pengendali Liverpool mahu mendapatkan khidmat Asensio, yang boleh bermain sebagai pemain sayap atau penyerang.