Luar Negara Berita

Bapa berang anak habiskan RM 3000 untuk FIFA 19 Ultimate Team

Empat kanak-kanak secara tidak sengaja membelanjakan wang ibu bapa merekas sebanyak £ 550 (RM 3000) untuk membeli pakej Pasukan Terbaik FIFA 19.

Komponen multiplayer dalam talian FIFA mempunyai ciri-ciri microtransactions yang membolehkan pemain membelanjakan wang bagi membina pasukan terbaik mereka.

Bapa kepada empat anak, Thomas Carter, melaporkan bahawa anaknya bermula dengan membeli satu pek yang bernilai sekitar £ 8.

Tetapi apa yang tidak diketahui ibu bapanya adalah mereka membeli pek pasukan impian melalui Nintendo Switch.

Thomas Carter/BBC

Pembelian atas talian dibuat melalui EA Sports, tetapi bayaran dibuat melalui Nintendo.

Menurut bapa, anak-anaknya telah menghabiskan sekitar £ 550 dan masih tidak dapat berjaya mendapatkan pemain kegemaran mereka, Lionel Messi.

“Anda membayar £ 40 untuk permainan, wang itu sendiri dikira banyak, tetapi satu-satunya cara untuk mendapatkan pasukan hebat adalah dengan perjudian,” katanya kepada BBC.

“Mereka menghabiskan £ 550 dan mereka masih belum mendapat pemain kegemaran mereka, Lionel Messi.”

Encik Carter hanya dimaklumkan mengenai situasi ini ketika dia dan isterinya cuba menggunakan kad tersebut tetapi ditolak oleh pihak bank.