Luar Negara Berita

Video : Marco Materazzi cerita kejadian sebenar disebalik aksi tandukan dada dari Zidane

Sudah 13 tahun sejak Zidane hampir membunuh Marco Materazzi dengan tandukan dada yang padu pada aksi final Piala Dunia.

Materazzi adalah pemain yang kejam dan pahlawan yang unggul buat penyokong Itali pada aksi final tersebut, menghadiahkan penalti untuk perancis – Zidane menjaringkan gol – sebelum menjaringkan gol penyamaan.

Pertahanan tengah tersebut adalah pencetus kepada kepada kemarahan Zidane yang menyebabkan dia dikenakan kad merah.

Terdahulu, Zidane melaporkan bahawa Materazzi telah menghina ibunya dan disebabkan itu Zidane memilih untuk melakukan kekerasan terhadap pemain tersebut.

Terbaru, Materazzi menjelas kepada media Itali perkara sebenar.

“Saya memutuskan untuk menerbitkan sebuah buku mengenai acara ini kerana semua orang bertanya kepada saya apa yang saya katakan kepadanya (Zidane) untuk bertindak seperti itu,” jelasnya.

“Kata-kata saya bodoh tetapi tidak patut reaksi itu. Di mana-mana kejiranan di Rom, Naples, Turin, Milan Paris, saya mendengar perkara yang lebih serius.

“Saya bercakap tentang kakaknya bukan ibunya, seperti saya membaca di beberapa akhbar. Ibu saya meninggal ketika saya masih remaja, jadi saya tidak akan pernah menghina ibu beliau.”