Luar Negara Berita

Safawi akhirnya tersenarai dalam skuad utama Portimonense

Safawi Rasid akhirnya tersenarai dalam skuad utama kelab Portugal, Portimonense SC untuk perlawanan menentang FC Porto di Estadio Do Dragao awal pagi ini.

Ia sekali gus menamatkan penantian pemain berusia 23 tahun itu, selepas hanya beraksi dengan skuad B-23 sebelum ini.

Walaupun tidak diketahui sama ada beliau akan tersenarai dalam kesebelasan utama atau barisan simpanan, Safawi tetap optimis.

“Saya gembira dapat sertai pasukan untuk ke Porto,” katanya kepada Harian Metro.

“Insya Allah jika dapat peluang bermain, Insya Allah saya bagi yang terbaik.”

“Main tak main itu keputusan dari jurulatih. Sudah tentu akan main seperti biasa, kita buat yang terbaik.”

Jika diturunkan, Safawi akan menjadi pemain ketiga Malaysia yang beraksi di Portugal selepas Nazmi Faiz dan Ahmad Fakri Saarani.