Liga Super Malaysia Berita

Felda perlu menang kesemua baki perlawanan

Misi hidup mati Felda United FC dalam kancah Liga Super bakal diketahui apabila dijadualkan bertemu skuad Kuala Lumpur di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Felda perlu menang baki perlawanan bagi menghidupkan peluang mereka untuk kekal bersaing di dalam Liga Super.

Bagi kapten pasukan, Hadin Azman mengakui, tiga mata penuh perlu dibawa pulang jika Felda mahu terus kekal

“Kami tidak boleh lagi keciciran mata. Selepas tewas kepada Selangor 1-2 Ahad lalu, memang tekanan semakin kuat untuk semua pemain bekerja keras bagi mengutip mata dalam baki perlawanan yang masih ada.

“Mahu atau tidak, kami perlu menang ke atas KL dan perlawanan malam esok adalah misi hidup mati kami (FELDA United) untuk keluar dari zon penyingkiran ” katanya kepada BH Sukan.