Luar Negara Berita

Kata-Kata Solskjaer Jadi Inspirasi Kemenangan Man United Ke Atas Newcastle

Ole Gunnar Solskjaer berkata beliau menekankan betapa pentingnya pengurusan permainan dalam ucapannya sebelum Manchester United menewaskan Newcastle.

Solskjaer telah menyamai rekod Sir Matt Busby untuk memenangi empat perlawanan liga pertamanya selepas United mengalahkan Newcastle 2-0 di St James’s Park. Romelu Lukaku menjaringkan gol dalam masa 38 saat setelah masuk menggantikan Anthony Martial dan Marcus Rashford menjaringkan gol pada lewat perlawanan.

Jurulatih sementara Solskjaer berkata dia tidak pernah gembira apabila bertemu Newcastle sewaktu menyarung jersi United. Beliau hanya menjaringkan satu gol buat United dan kalah 5-0 pada 1996.

Ole Gunnar Solskjaer mendedahkan dia memberitahu pemain beliau untuk kurang melakukan kesilapan serta berhenti daripada memberi peluang kepada penyokong lawan untuk bersorak.

“Perbincangan sebelum perlawanan pada hari ini mengenai pengurusan permainan,” jelas Solskjaer. “Dan sebahagian daripada pengurusan permainan adalah untuk mendiamkan penyokong lawan dan saya fikir 10 atau 12 minit pertama kami lakukan dengan baik, penyokong lawan hanya menonton.

“Tapi kemudian kami membuat satu atau dua kesilapan yang membuat penyokong lawan mula bersorak dan tiba-tiba anda berada di bawah tekanan. Phil membuat bentesan terbaik ketika dia kembali mendapatkan bola dan berjaya menangani kesilapan beliau.

“Tetapi ini adalah detik-detik yang anda tidak mahu memberikan penyokong lawan dan kelab seperti ini keselesaaan. Saya fikir pemain saya benar-benar fokus dengan perlawanan malam ini dan peminat kami, saya telah kata begitu banyak, adalah yang terbaik di dunia . ”

United mencatatkan lembaran bersih pertama mereka di bawah Solskjaer dan pertama sejak 27 November sebagai Victor Lindelof menghasilkan satu lagi penampilan hebat di pertahanan tengah bersama Jones.