Liga Super Malaysia Berita

Import Kedah Tiba Khamis Ini

Fernando Rodriguez dari Sepanyol, Anmar Al-Mubaraki dari Iraq, Shakir Hamzah dari Singapura dan Renan Alves dari Brazil bakal tiba Khamis ini bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.

Pengumuman itu dibuat oleh media rasmi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menerusi Facebook KFA. Dalam kenyataan itu, KFA akan menyambut ketibaan keempat-empat pemain import baru pasukan Lang Merah

“Ketibaan pemain import terbabit adalah melalui penerbangan akhir yang akan tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar pada sebelah malam,” menurut kenyataan KFA itu.

KFA dalam kenyataan tersebut turut menyatakan akan mengikat seorang lagi pemain import bagi melengkapkan kuota lima pemain import yang ditetapkan.

Difahamkan nama pemain tersebut akan diberitahu dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan lain, KFA menyatakan kesemua pemain import akan turun berlatih pada 1 Januari 2019 bersama-sama dengan bintang muda mereka Akhyar Rasid.

“Pemain import Kedah akan memulakan latihan 1 Januari ini bersama pemain yang masih belum melaporkan diri iaitu N Thanabalan, dan Muhd Akhyar Rashid. Manakala Zakuan Adha akan mula berlatih 3 Januari nanti”