Asia Malaysia

Senarai 22 pemain yang mewakili Malaysia U22 di Kelayakan AFC U23

 

Jurulatih skuad Malaysia U22, Datuk Ong Kim Swee hanya membawa 22 pemain selepas Tommy Mawat Bada mengalami kecederaan ketika beraksi bersama Sarawak pada perlawanan Liga Super 2017 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Larkin, Sabtu lalu. Jumlah maksimum pemain yang dibenarkan mendaftar ialah sebanyak 23 pemain.

Tiga lagi pemain dalam senarai 26 pemain sebelum ini turut tidak dibawa ke Bangkok iaitu penjaga gol, Faridzuean Kamaruddin (Sime Darby FC), Ahmad Khairul Anuar Zamri (Perak) dan Farhan Roslan (Kedah) kerana masih dalam proses pemulihan kecederaan.

Bagi saingan kelayakan Kumpulan H yang berlangsung di Stadium Nasional Supachalasai, Bangkok ini, Malaysia akan memulakan kempen bertemu Indonesia kendalian Luis Milla pada jam 4.00 petang ini (5.00 petang waktu Malaysia) diikuti pertembungan tuan rumah, Thailand bimbingan Worrawoot Srimaka dengan Mongolia yang dikendalikan Michael Weiss pada jam 7.00 malam (8.00 malam waktu Malaysia).

Seterusnya bagi perlawanan kedua pada Jumaat, 21 Julai, Mongolia akan bertemu Indonesia jam 4.00 petang diikuti aksi Malaysia lwn Thailand jam 7.00 malam.

Perlawanan terakhir akan berlangsung pada Ahad, 23 Julai dengan Malaysia menentang Mongolia pada jam 4.00 petang diikuti aksi Thailand lwn Indonesia jam 7.00 malam.

10 pasukan teratas setiap kumpulan (daripada 10 kumpulan) akan layak automatik bersama-sama lima pasukan tempat kedua terbaik (daripada 10 kumpulan) ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 yang akan berlangsung di China, 9 hingga 27 Januari depan.

sumber: FAM