Liga Super Malaysia Berita

PJ City lebur rekod tanpa kalah JDT

Johor Darul Ta’zim (JDT) FC mengalami kekalahan mengejut 1-0 kepada PJ City FC pada aksi Liga Super di Stadium Larkin selepas berharap untuk menamatkan musim ini tanpa kalah!

Setelah memenangi kejuaraan Liga Super buat kali keenam minggu lalu, JDT mempunyai dua perlawanan bagi mengulangi pencapaian 2016.

Tetapi PJ City terbukti menjadi pemangsa untuk Harimau Selatan ketika mereka tiba di Larkin dan mengancam gawang gol pasukan JDT.

Kekalahan itu juga bermakna JDT kalah buat kali pertama di Stadium Tan Sri Dato ‘Haji Hassan Yunos di Larkin sejak 14 April 2012, dengan 75 perlawanan keseluruhannya.

JDT juga telah memenangi 28 perlawanan liga sebelum melangkah ke perlawanan bertemu PJ City.

Pada perlawanan terbabitm Washinton Brandao ternyata telah menunjukkan belangnya pada separuh masa pertama dengan beberapa cubaan menarik, tetapi gagal menembusi gawang.

Walau bagaimanapun, gol beliau hadir pada minit ke-64 ketika hantaran P Rajes berjaya menemui Washington sebelum penyerang itu merembat menewaskan penjaga gol Farizal Marlias untuk gol kemenangan.

JDT kini mempunyai 52 mata daripada 21 perlawanan termasuk 16 kemenangan, empat seri dan satu kekalahan.