Malaysia Berita

Skuad B-15 tahun berlepas ke China

Skuad muda negara bakal berlepas ke China bagi menyertai Kejohanan Jemputan Antarabangsa Bawah-15 CFA.

Kejohanan yang bakal diadakan di Haikou City, melibatkan skuad Bawah-15 tahun negara akan bermula pada pada 18 Julai, Khamis ini.

Seramai 25 orang pemain bakal mewakili Malaysia dalam kejohanan ini dengan 24 pemain datang dari Akademi Mokhtar Dahari dan seorang pemain, Radzilah Helmi Roizat datang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri, Terengganu.

Pasukan kendalian P Maniam dijadualkan bertemu Iran B-15, China B-15 dan Korea Utara B-15 tahun.

Pemain dan staf kejurulatihan bakal berlepas dari KLIA, Sepang pada jam 1.25 petang ini.

Turut bersama-sama hadir ke Wisma FAM, Kelana Jaya adalah Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’s S Sivasundaram dan Pengarah Teknikal FAM, Peter de Roo bagi memberi kata-kata semangat kepada barisan pemain dan staf kejurulatihan.