Malaysia Berita

Piala AFF Suzuki 2018 : Malaysia, Vietnam Adalah Misi Balas Dendam – Farizal Marlias

Penjaga gol Harimau Malaya, Farizal Marlias mengakui bahawa aksi bertemu Vietnam di pentas akhir Piala AFF Suzuki 2018 adalah misi membalas dendam.

Skuad Tan Cheng Hoe tewas 0-2 ketika perlawanan peringkat Kumpulan A di Hanoi dimana ketika itu Farizal Marlias diletakkan sebagai penjaga gol nombor dua negara.

“Kami sememangnya menantikan Vietnam kerana kami tewas di tangan mereka sebelum ini. Jadi kami mahu menebus kekecewaan itu di pentas final,” katanya.

Beliau yang beraksi sewaktu skuad negara berjaya mengatasi Thailand pada aksi separuh akhir baru-baru ini mengakui bahawa skuad negara bertuah kerana sepakan penalti Adisak Kraison tidak menerjah gawang gol Harimau Malaya.

Sambil menjelaskan bahawa beliau ada menonton video Adisak Kraison mengambil penalti, beliau turut mengatakan bahawa penalti yang diberikan oleh pengadil perlawanan di akhir minit itu hampir membunuh semangat juang mereka.

“Saya melihat tindakannya terlebih dahulu dan dari apa yang saya perhatikan, dia sentiasa melakukan sepakan ke sebelah kiri. Apabila mereka mendapat sepakan penalti minit akhir, mereka tentu mengambil jalan selamat namun kami bertuah.

“Kami memberikan segala-galanya dan perkara seperti itu membunuh semangat kami namun sudah tertulis rezeki berpihak kepada kami,” katanya Berita Harian.