Malaysia Berita

Presiden Pafa Berdepan Penyokong

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abd Munaim tampil berdepan dengan para penyokong The Bos Gaurus hari ini sewaktu dalam perjalanan menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Ini berikutan daripada beberapa eksiden melibatkan Presiden PAFA yang mengundang kritikan peminat bola sepak Perak selepas pasukan itu memenangi Piala Malaysia. 

Beliau yang didesak untuk meletak jawatan sebagai Presiden PAFA oleh peminat kelihatan spontan berdepan dengan para penyokong menyatakan bahawa tidak mempunyai masalah dengan sikap segelintir penyokong. 

“Saya juga telah dihubungi oleh beberapa penyokong dan ada yang WhatsApp personal  beri sokongan kepada saya.

“Saya tak ada masalah untuk meneruskan jawatan ini tak ada kepentingan apa-apa pun.  Saya letak kepentingan Pafa itu sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.

Baru-baru ini, Haznul Zulkarnain dikritik oleh para peminat bola sepak tanah air selepas meletakkan Piala Malaysia di celah kangkang.

Beliau yang didesak untuk melepaskan jawatan menyatakan pendirian beliau bahawa beliau tidak akan melepaskan jawatan selaku Presiden PAFA dan akan terus berada dikerusi tersebut.

“Buat masa ini saya tidak berhasrat untuk berundur daripada menerajui Pafa kerana saya masih menerima mandat daripada ahli gabungan. Saya telah meminta maaf kepada semua pihak di atas kesilapan saya.” katanya kepada Utusan.