Liga Super Malaysia

Paul Pogba Tak Menyesal, Gembira Berada Di Manchester United

Pemain tengah termahal dunia dengan nilai perpindahan melibatkan wang sebanyak £89 juta (RM486 juta) ketika berpindah daripada Juventus ke Manchester United menyatakan bahawa beliau tidak pernah menyesal untuk menyertai Manchester United tiga tahun lalu.

“Adakah saya nampak sedih? Sejujurnya saya gembira dapat mewakili United. Saya gembira kerana dapat kembali semula ke kelab ini.

“Memilih untuk kembali semula bersama United adalah pilihan saya sendiri. Ketika itu Juventus beraksi di Liga Juara-Juara manakala United di Liga Europa.

“Saya tidak kesal dengan pilihan saya. Saya tahu United kurang menyinar sejak beberapa tahun lalu. Tapi saya kembali semula untuk membantu pasukan menjadi pasukan disegani,” katanya kepada AFP

Paul Pogba juga memberi komen terhadap perlucutan sebagagi kapten pasukan United

“Ia tidak memberi kesan kepada saya kerana saya masih turun beraksi. Pengurus berhak untuk memilih mereka yang dirasakan layak menggalas tugas sebagai kapten.

“Saya hanya mahu memberikan yang terbaik kepada pasukan dan penyokong. Isu ini langsung tidak memberi kesan kepada saya.”

Beliau juga memberi komen terhadap hubungan beliau dengan Mourinho selepas beberapa kontroversi melanda pasukan.

“Beliau seorang pengurus manakala saya pemain. Saya melakukan apa yang diarahkan olehnya,” katanya kepada AFP.