Malaysia Berita

Terengganu Ikat Irfan Bakti Sehingga Musim Depan

Khuatir jika Irfan Bakti Abu Salim mungkin berpindah ke pasukan lain kerana prestasi beliau yang cemerlang, Terengganu telah bergerak pantas dengan menawarkan kontrak baru untuk musim depan kepada beliau.

Berita baik itu diumumkan oleh Timbalan Presiden Terengganu FA (TFA), Hishamuddin Abdul Karim semasa sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat persatuan awal hari ini (Rabu).

Pengumuman itu sekali gus menamatkan spekulasi yang beredar sebelum ini menghubungkan Irfan Bakti dengan beberapa pasukan lain termasuk negara asalnya, Perak dan Kuala Lumpur.

“Jawatankuasa khas yang diadakan pada 23 Oktober (Selasa) yang saya mempengerusikan mendapat mandat untuk mengumumkan pembentukan pengurusan pasukan dan pelantikan pegawai untuk musim depan.

“Irfan berjaya memimpin pasukan ke final Piala Malaysia musim ini dan ini lebih daripada cukup untuk diberikan mandat untuk terus memimpin pasukan untuk musim depan juga,” kata Hishamuddin.

Para peminat Terengganu pastinya teruja dan berasa lega dengan berita ini setelah terdapat beberapa spekulasi yang kurang menyenangkan dengan jurulatih berusia 67 tahun dikatakan dipinang oleh beberapa pasukan lain.