Kajian & Analisis Asia

Sukan Asia 2018: Lima pemain Jepun yang perlu diberikan perhatian

Skuad Datuk Ong Kim Swee bakal bertemu dengan skuad muda Samurai Biru yang rata-ratanya berumur bawah 21 tahun. Ini merupakan salah satu persiapan mereka dalam memberikan pendedehan kepada pemain mereka untuk mengharungi saingan temasya Sukan Olimpik 2020 yang akan berlangsung di Jepun.

Jepun telah diundi dalam Kumpulan D bersama-sama Vietnam, Nepal dan Pakistan dalam saingan Sukan Asia 2018 bagi acara bola sepak lelaki. Walaupun dibarisi dengan pemain bawah 21 tahun, Jepun boleh mendabik dada apabila mereka berjaya menduduki tangga kedua dan hanya kalah kepada pasukan Vietnam sahaja.

Berikut adalah lima pemain yang perlu diberikan perhatian oleh skuad Datuk Ong Kim Swee bagi mengharungi perlawanan pada malam ini: