Kajian & Analisis Piala Dunia 2018

Tribe Rating: Mexico tidak mampu jinakkan Neymar & rakan-rakan

Walaupun berjaya menumbangkan juara bertahan, Jerman pada peringkat kumpulan, Mexico tidak mampu menjinakkan juara 5 kali dunia, Brazil.

Permainan agak seimbang pada separuh masa pertama dengan kedua-duanya menyerang satu sama lain untuk mendapatkan gol awal. Namun lain ceritanya pada separuh masa kedua. Gol pembukaan oleh Neymar sudah cukup untuk menjatuhkan sedikit moral pemain Mexico.

Roberto Firmino yang masuk pada minit ke-86 pula menambahkan luka dan duka buat El Tri dengan menjaringkan gol kedua Brazil. Dengan keputusan ini, Brazil mara ke saingan suku akhir.

Berikut adalah rating pemain bagi kedua-dua pasukan:

Rating pemain Brazil:

Alisson Becker - 6.5/10

Baik persembahannya hari ini namun tidak begitu diuji oleh pemain Mexico.

Filipe Luis - 6.5/10

Menghadapi Hirving Lozano dan beberapa kali berjaya mengekang rembatannya. Separuh masa kedua, menghadapi Carlos Vela.

Miranda - 7/10

Menghalang beberapa percubaan oleh pemain Mexico.

Thiago Silva - 7/10

Pantas melakukan 'clear ball' terhadap bola-bola bahaya yang berada dalam kotak penalti Brazil.

Fagner - 7.5/10

Beberapa kali naik ke atas membantu Willian. Beberapa hantaran lintang berjaya dilakukannya. Cemerlang meneutralkan Hirving Lozano.

Casemiro - 6/10

Tidak banyak yang ditonjolkan namun sering membantu bahagian pertahanan.

Paulinho - 6/10

Juga tidak begitu menonjol. Hanya tertumpu membantu barisan pertahanan.

Willian - 8/10

Larian dan gelecekan yang lincah olehnya sangat membantu pasukan untuk menyerang. Beberapa hantaran lintang juga berjaya dilakukan. Memberikan satu 'assist' kepada Neymar untuk gol pembukaan.

Neymar Jr - 9/10

Satu gol. Satu 'assist'. Persembahan terbaik olehnya pada perlawanan ini.

Gabriel Jesus - 5.5/10

Masih lagi kurang impak kepada pasukan. Seringkali seolah-olah hilang. Namun beberapa hampir-hampir menjaringkan gol.

Coutinho - 6.5/10

Persembahannya agak biasa pada perlwanan ini namun masih dapat melakukan beberapa percubaan yang bahaya kepada Ochoa.

Pemain gantian:

Fernandinho - 4/10

Masuk pada minit ke-80. Melorongkan bola yang cantik kepada Neymar kemudiaannya disudahkan oleh Roberto Firmino untuk gol kedua Brazil.

Roberto Firmino - 4/10

Masuk pada minit ke-86. Menjaringkan gol kedua Brazil.

Marquinhos - n/a

Tidak banyak yang dilakukannya. Masuk pada minit ke-90.

 

Rating pemain Mexico:

Ochoa - 7/10

Pemain Mexico paling cemerlang. Menafikan beberapa percubaan tepat lagi padu daripada pemain Brazil. Namun terpaksa akur dengan bolos 2 gol.

E. Alvarez - 6.5/10

Agak baik dalam mengekang Neymar Jr. Melakukan satu 'tackle' bersih ke atas Neymar,

H. Ayala - 6.5/10

Agak sibuk pemain ini. Begitu banyak 'clear' dan 'cover' ball yang dilakukan.

C. Salcedo - 6/10

Seperti mana Ayala, gandingan yang baik di antara mereka berdua.

J. Gallardo - 6/10

Beberapa naik ke atas untuk membantu serangan. Menghadapi Willian dengan baik.

H. Herrera - 6/10

Rajin untuk naik melakukan serangan dan juga turun untuk membantu pertahanan.

R. Marquez - 4.5/10

Tidak begitu kelihatan permainannya. Ditukarkan pada minit ke-46.

A. Guardado - 5.5/10

Persembahan yang biasa sahaja.

 

Carlos Vela - 7/10

Pemain Mexico paling banyak terlibat dengan serangan Mexico selain daripada Hirving Lozano. Larian, gelecekan dan rembatan banyak  dilakukan oleh pemain ini.

Hirving Lozano - 7/10

Bertukar-tukar 'side' dalam permainannya. Mungkin atas kehendak pelan permainan oleh jurulatihnya. Banyak kali berjaya menembusi kotak penalti Brazil, namun agak malang tidak berjaya mencetak sebarang gol.

Javier Hernandez - 5/10

Sepertimana Gabriel Jesus di dalam pasukan Brazil, Javier Hernandez kurang mendapat perhatian rakan-rakan seolah-olah hilang dalam radar.

Pemain gantian:

Miguel Layun - 5.5/10

Setelah masuk pada separuh masa kedua, dia antara pemain yang aktif di sayap kanan untuk melakukan larian seterusnya hantaran lintang.

J. Dos Santos - 5/10

Aktif bersama-sama Hirving Lozano dan Carlos Vela dalam melakukan serangan.

Raul Jimenez - n/a

Masuk pada minit ke-60. Tidak banyak dilakukan oleh beliau dalam permainan.