Berita

Live Streaming: Persija Jakarta vs Bhayangkara

Tirai Liga 1 Indonesia akan dibuka secara rasmi malam ini apabila Persija Jakarta turun berentap dengan Bhayangkara FC di Stadium PTIK.

Walaupun Bhayangkara menjuarai liga musim lepas, Persija tetap berjaya menewaskan mereka dua kali sepanjang 2017. Bruno Lopes, yang kini bermain untuk Kelantan, menjaringkan gol kemenangan dalam pertemuan pertama di antara kedua-dua pasukan, manakala Ramdani Lestaluhu dan Sandi Darma Sute membantu Persija menewaskan Bhayangkara 2-1 dalam pertemuan kedua.

Kali ini pula, Persija akan memasuki perlawanan ini sebagai pasukan pilihan ramai selepas menunjukkan prestasi yang cemerlang di beberapa kejohanan pra-musim dan juga di pentas Piala AFC. Mereka berjaya menjadi juara Piala Presiden, selain turut mengutip tujuh mata dalam empat perlawanan Piala AFC setakat ini.

Persija turut mempunyai Marko Simic di bahagian serangan, manakala Bhayangkara pula tidak lagi mempunyai Ilija Spasojevic, yang menjadi penjaring terbanyak mereka musim lepas.

Untuk menyaksikan Live Streaming perlawanan ini, sila layari pautan berikut:

SportsFix: Bhayangkara vs Persija Jakarta