Luar Negara

Ander Herrera berdepan hukuman penjara?

Sudah jatuh ditimpa tangga.

Tidak cukup dengan kecederaan yang dialami olehnya ketika perlawanan menentang Sevilla dalam aksi Liga Juara-Juara minggu lalu, pemain tengah Manchester United, Ander Herrera kini berdepan hukuman penjara empat tahun atas dakwaan skandal mengatur perlawanan jika didapati bersalah.

Pendakwaraya negeri Sepanyol berkata mereka meminta hukuman dua tahun penjara dan enam tahun penggantungan daripada bermain bolasepak untuk pemain tengah tersebut.

Namun, bekas pemain Athletic Bilbao itu bersama 35 orang pemain lain telah menafikan dakwaan tersebut yang telah dilaporkan pada satu mahkamah di Valencia awal bulan ini.

Kebiasaannya hukuman dua tahun penjara untuk pesalah kali pertama di Sepanyol akan ditangguhkan, bermakna jika Herrera disabitkan kesalahan dengan rasuah dalam bolasepak, dia akan terlepas dari hukuman penjara.

Tetapi, pada Isnin lalu, peguam-peguam ternama dari liga utama Sepanyol telah meminta hukuman lebih berat dijatuhkan jika mereka didapati bersalah dengan gejalan mengatur perlawanan.