Malaysia Liga Super Malaysia

Kuala Lumpur lancar pas bermusim untuk penyokong City Boys

Di sebalik kekalahan Kuala Lumpur ke atas musuh ketat mereka, Selangor, dalam perlawanan pembukaan Liga Super 2018 pada malam semalam, ada berita baik buat semua penyokong Kuala Lumpur.

Sebelum perlawanan bermula, Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur telah mengumumkan bahawa mereka akan mula menjual pas bermusim kepada penyokong skuad anak kota.

Pengumuman dan pelancaran pas bermusim itu telah dirasmikan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur, Datuk Seri Adnan Md. Ikhsan sambil diiringi oleh band terkenal Malaysia, Bunkface yang kini berkerjasama dengan KLFA.

Namun, masih belum diberitahu harga dan tarikh penjualan pas bermusim untuk penyokong Kuala Lumpur.

Anak buah Fabio Maciel membuka kempen Liga Super mereka dengan langkah kiri selepas tewas 0-2 di tangan Selangor malam semalam. Dua gol daripada Rufino Segovia membantu Red Giants meraih kemenangan dalam aksi Klang Valley derby yang cukup rancak.