Luar Negara

Live Streaming Serie A: Atalanta vs Napoli

Napoli akan berkunjung ke Stadio Atleti Azzurri d’Italia untuk menentang Atalanta dalam perlawanan Serie A yang sudah pasti menjanjikan aksi-aksi yang cukup menarik malam ini.

Ini kerana kedua-dua pasukan ini menggunakan corak permainan yang cukup positif sepanjang musim ini, dan walaupun Atalanta kini berada di posisi ke-7, anak buah Gian Piero Gasperini hanya tewas sekali dalam 11 perlawanan terakhir mereka. Cuba anda saksikan highlight kemenangan 5-0 mereka ke atas Everton beberapa bulan lepas.

Namun, Napoli juga masih cemerlang selaku pendahulu carta Serie A, dengan rekod lima kemenangan daripada enam perlawanan terakhir. Malah, Pep Guardiola baru-baru ini mengatakan bahawa dia hanya minat menyaksikan tiga pasukan lain di Eropah selain Man City, iaitu Tottenham Hotpsur, Barcelona dan juga Napoli.

Marek Hamsik dijangka kembali bermain untuk Napoli malam ini, namun Arkadiusz Milik dan Faouzi Ghoulam masih  dibelenggu masalah kecederaan yang tidak akan diturunkan oleh Maurizio Sarri.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertembung pada 2 Januari lepas, Atalanta berjaya meraih kemenangan 2-1 di Naples, melalui jaringan Alejandro Gomez dan Timothy Castagne.

Jom saksikan Live Streaming Serie A: Atalanta vs Napoli, khas dibawakan oleh Sportsfix.TV!