Luar Negara

Live Streaming Serie A: Napoli vs Hellas Verona

Harapan Napoli untuk menjadi juara Serie A mungkin dapat dikuatkan lagi malam ini apabila mereka turun berdepan dengan Hellas Verona di laman sendiri.

Kelab yang berpangkalan di Naples itu jelas mahu fokus terhadap Serie A musim ini selepas membuat keputusan untuk merehatkan pemain utama ketika berdepan dengan Atalanta dalam saingan Coppa Italia, hari Selasa lepas.

Akibatnya, mereka tewas 1-2 dan tersingkir dari Coppa Italia. Kekalahan tersebut hanya boleh diketepikan jika mereka meraih tiga mata penting malam ini.

Hellas Verona pula berada dalam situasi yang agak merisaukan – mereka berada di kedudukan ke-19 dengan 13 mata daripada 19 perlawanan setakat ini. Namun, hanya dua mata membezakan mereka dengan pasukan terakhir di zon selamat – S.P.A.L.

Jom saksikan Live Streaming Serie A: Napoli vs Hellas Verona!