Asia AFC U23 Championship

OKS sudah mengenal pasti kesebelasan utama untuk Piala AFC B-23 tahun

Ketua jurulatih skuad B-23 tahun Malaysia, Datuk Ong Kim Swee telah mendedahkan bahawa dia hampir mengenal pasti kesebelasan utama yang akan diturunkan untuk perlawanan pertama mereka di Piala AFC B-23 tahun.

Skuad Malaysia akan berdepan Iraq, salah satu pasukan pilihan ramai untuk menjuarai kejohanan ini, pada hari Rabu depan dan OKS berpendapat bahawa anak buahnya sudah bersedia untuk cabaran itu.

“Saya telah mengenal pasti 9-10 pemain yang akan diturunkan dalam kesebelasan utama. Saya masih sedang memikirkan beberapa faktor yang lain tapi itu bukan masalah besar,” kata OKS, menurut laporan New Straits Times.

“Saya sudah buat kajian tentang pasukan Iraq, Jordan dan Arab Saudi. Saya tahu apa kekuatan Iraq. Saya tahu mereka mempunyai beberapa pemain yang cukup berkualiti.

“Iraq merupakan antara ‘favourites’ untuk menjadi memenagi kejohanan ini. Tapi saya lebih mahu skuad kita fokus terhadap diri sendiri daripada merisaukan tentang pasukan lawan,” tambah OKS.