Luar Negara

Live Streaming Serie A: Benevento vs AC Milan

AC Milan akan berkunjung ke Campania untuk menentang pasukan tercorot Serie A, Benevento di Stadio Ciro Vigorito pada malam ini.

Perlawanan ini akan menjadi debut Gennaro Gattuso, yang baru sahaja dilantik menjadi jurulatih sementara AC Milan, untuk menggantikan Vincenzo Montella, yang dipecat minggu lepas.

Perkara positif untuk Gattuso adalah kualiti pasukan lawan mereka untuk minggu ini. Benevento masih gagal meraih sebarang mata dalam Serie A setakat ini, bermakma Milan akan memasuki perlawanan ini sebagai pasukan pilihan. Namun, Gattuso mahu para pemainnya berwaspada apabila turun padang malam nanti.

“Kami tidak boleh tertipu dengan posisi mereka di liga. Benar mereka belum meraih mata tetapi bersama coach De Zerbi, semua telah berubah. Sekarang mereka lebih berbahaya dan mereka juga mempunyai mental yang lebih kuat. Kami tidak boleh membuat sebarang kesalahan dalam perlawanan ini,” ujar Gattuso.

Satu lagi berita baik untuk Gattuso adalah kepulangan Lucas Biglia, yang tidak terlepas dari aksi Serie A minggu lepas kerana selsema. Namun, pemain utama mereka, Suso, dijangka akan terus mengemudi bahagian serangan Milan malam ini.

Hakikatnya, Benevento mempunyai rekod yang agak teruk. Mereka telah melepaskan 33 gol dalam 14 perlawanan Serie A malam ini dan jika Gattuso berjaya mambantu anak buahnya bangkit semula malam ini, jangan hairan jika Milan berjaya meraih kemenangan yang cukup besar di Stadio Ciro Vigorito.