Luar Negara

Live Streaming Serie A: Inter Milan vs Chievo Verona

Inter Milan sememangnya mahu meraih tiga mata dalam perlawanan ini, namun selepas Juventus berjaya menewaskan Napoli pada hari Jumaat lepas, saingan ini menjadi lebih penting. Jika Inter berjaya menewaskan Chievo malam ini, mereka akan menjadi pendahulu liga buat kali pertama musim ini.

Namun, Inter akan turun padang malam ini tanpa kelibat Miranda, yang masih belum pulih dari kecederaan. Andrea Ranocchia dijangka akan mengambil alih posisi Miranda dalam kesebelasan utama manakala Mauro Icardi akan terus mengemudi jentera serangan mereka.

Bercakap tentang Icardi, dia merupakan antara pemain yang paling bagus dalam Serie A musim ini dengan 15 gol dalam 14 perlawanan.

Chievo pula akan beraksi tanpa empat pemain penting –  Ivan Radovanovic, Përparim Hetemaj, Nicola Rigoni dan Samuel Bastien. Namun, kebolehan mereka tidak wajar diperkecilkan – Chievo berjaya mengikat Napoli 0-0 baru-baru ini.

Namun, berdasarkan prestasi semasa, Inter Milan sudah tentu menjadi pasukan pilihan untuk meraih tiga mata malam ini dan sekaligus membuka pertarungan untuk menjadi juara Serie A musim ini.

Jom saksikan Live Streaming Inter Milan vs Chievo Verona, khas dibawakan oleh Sportsfix.tv!