Liga Super Malaysia Berita

Rasmi: Felda United, Terengganu II diturunkan ke Liga Perdana

Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Bola Sepak Malaysia (FMLLP) telah mengesahkan bahawa Felda United akan diturunkan ke Liga Perdana Malaysia untuk musim 2018 selepas gagal mendapatkan lesen kelab daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Pengumuman ini dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam, dalam satu sidang media yang diadakan di ibu pejabat FMLLP hari ini.

Kevin turut mengesahkan bahawa T-Team, yang sekarang dikenali sebagai Terengganu II, turut akan diturunkan ke Liga Perdana selepas permohonan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk menjadikan pasukan itu sebagai ‘feeder club’ diluluskan.

Berita ini juga bermakna bahawa Negeri Sembilan dan PKNP akan beraksi dalam kancah Liga Super musim depan, untuk menggantikan slot Felda United dan Terengganu II.

Negeri Sembilan akan kembali ke Liga Super buat kali pertama sejak 2013 manakala PKNP pula akan membuat penampilan pertama dalam Liga Super sejak penubuhan mereka pada tahun 2015.