Liga Super Malaysia Berita

Irfan bawa masuk import Cambodia untuk perkuat pasukan Terengganu

Terengganu telah menandatangani bintang Cambodia, Thierry Chantha Bin untuk memperkasakan skuad mereka yang akan menghadapai cabaran Liga Super Malaysia pada tahun depan.

Pasukan Pantai Timur itu berjaya membawa masuk Thierry daripada pasukan Krabi FC di Thailand, sekaligus menjadikannya pemain Cambodia pertama untuk beraksi di kancah bolasepak Malaysia.

Walaupun ibu bapanya berasal daripada Cambodia, Thierry Bin dilahirkan di Perancis pada tahun 1991 dan memulakan kariernya bersama pasukan bawah-umur RC Strasbourg.

Kredit Foto: Thierry Chantha Bin (Facebook)

Selepas bermain untuk beberapa kelab di Perancis, Thierry berpindah ke negara asalnya pada tahun 2012, apabila dia menyertai Phnom Penh Crown. Selepas empat tahun bersama pasukan tersebut, Thierry Bin berhijrah ke Krabi FC pada awal tahun ini.

Selain itu, Thierry juga telah berjaya membuat 26 penampilan bersama skuad kebangsaan Cambodia. Dia juga merupakan sebahagian daripada skuad Cambodia yang bermain di Piala AFF pada hujung tahun lepas.