
“Bukan 2014 baru habis ke?”
Malam semalam, kita disajikan dengan undian peringkat kumpulan untuk Piala Dunia 2018 and keputusan undian tersebut telah menjanjikan beberapa perlawanan yang cukup mendebarkan!
Pasukan tuan rumah Russia akan ditemani oleh Arab Saudi, Mesir dan Uruguay, manakala juara bertahan Germany pula dimasukkan ke Kumpulan F bersama Korea Selatan, Sweden dan juga Mexico. Jika anda peminat Liga Perdana Inggeris, sudah tentu anda cukup teruja dengan Kumpulan G yang mempamerkan England, Belgium, Tunisia dan Panama.
Brazil pula dimasukkan ke dalam Kumpulan E bersama Switzerland, Costa Rica dan juga Serbia, manakala Perancis pula diundi ke dalam Kumpulan C bersama Australia, Peru dan Denmark.
Kalau boleh, anda sudah tentu mahu menyaksikan kesemua perlawanan yang berlangsung pada musim panas depan. Namun, jika jadual kerja anda ketat, kami telah memilih 10 perlawanan yang wajib anda saksikan, berdasarkan undian yang berlangsung malam semalam!
Bolehlah mula minta cuti untuk bulan Jun nanti!