Luar Negara

Live Streaming Serie A (2/12/2017): Napoli vs Juventus

Perlawanan gergasi?

Hakikatnya, ini bukan sahaja perlawanan gergasi melibatkan dua pasukan yang mampu bermain dengan cukup cantik. Ini juga merupakan perlawanan yang mungkin dapat petunjuk untuk Serie A musim ini.

Walaupun Juventus jelas merupakan pasukan yang lebih besar dari segi profil, Napoli akan menjadi pilihan ramai untuk meraih tiga mata dalam perlawanan ini. Kelab yang berpangkal di Naples itu belum lagi tewas dalam sebarang perlawanan liga musim ini. Malah, mereka berjaya memenangi 12 daripada 14 perlawanan mereka setakat ini.

Pasukan kendalian Maurizio Sarri itu jugak mempamerkan corak permainan yang cukup unik musim ini, dengan Lorenzo Insigne mengemudi bahagian serangan mereka. Dan prestasi mereka juga meletakkan mereka dikedudukan teratas di Serie A, empat mata di hadapan Juventus yang berada di tempat ke-3.

Namun, perlawanan ini cukup mendebarkan kerana Napoli pernah berada di dalam situasi sebegini. Mereka pernah memulakan musim dengan cukup bagus, sebelum menyaksikan prestasi mereka merudum dalam babak kedua musim. Jika mereka tewas malam ini, perbezaan mata antara Napoli dan Juve akan menjadi satu mata, dan pertarungan untuk kejuaraan Serie A akan dibuka semula.

Tetapi, jika Napoli berjaya meraih tiga malam ini, ia akan membuka jurang tujuh mata di antara mereka dan Juve, walaupun kita masih berada di bulan Disember.

Jom saksikan Live Streaming perlawanan ini, dibawakan khas oleh Sportsfix.tv!