Luar Negara

Berapa Pendapatan Real Madrid Dan Juventus Selepas Layak Ke Final UEFA Champions League?

Juventus akan bertemu juara bertahan Real Madrid dalam perlawanan akhir UEFA Champions League 2017 pada 3 Jun 2017 di National Stadium of Wales.

Football Tribe Malaysia melihat berapakah jumlah bonus atau hadiah kemenangan yang telah dan akan diterima oleh Juventus dan Real Madrid sejak dari bermulanya peringkat kumpulan.
1) Bonus Layak Ke Peringkat Kumpulan
Setiap pasukan yang layak ke peringkat kumpulan akan menerima €12.7 juta.

2) Bonus Peringkat Kumpulan
Dalam perlawanan peringkat kumpulan 1 kemenangan akan diberikan bonus sebanyak €1.5 juta, manakala jika seri €500,000. Tiada bonus diberikan jika pasukan mengalami kekalahan.

  • Real Madrid
    3 Menang: €1.5 juta x 3 = €4.5 juta
    3 Seri: €500,000 x 3 = €1.5 juta
    Jumlah: €6.0 juta

 

  • Juventus
    4 Menang: €1.5 juta x 4 = €6.0 juta
    2 Seri: €500,000 x 2 = €1.0 juta
    Jumlah: €7 juta

3) Bonus Layak ke Pusingan Kalah Mati R16
Setiap pasukan yang layak beraksi pada peringkat ini akan menerima €6 juta.

Real Madrid: €6.0 juta
Juventus: €6.0 juta

4) Peringkat Suku Akhir
Setiap pasukan yang layak ke suku akhir, akan menerima €6.5 juta

Real Madrid: €6.5 juta
Juventus: €6.5 juta

5) Peringkat Separuh Akhir
4 pasukan terbaik yang layak ke separuh akhir akan menerima €7.5 juta

Real Madrid: €7.5 juta
Juventus: €7.5 juta

6) Perlawanan Akhir
Tiada bonus untuk layak ke peringkat ini kerana jika sesebuah pasukan itu menjadi juara UEFA Champions League akan menerima €15 juta, manakala naib juara menerima €11 juta

Berdasarkan jumlah bonus diatas, Real Madrid telah menerima €38.7 juta, manakala Juventus menerima €39.7 juta. Jumlah ini belum dikira dengan hadiah kemenangan dalam perlawanan akhir.

Selain itu, bonus diatas juga tidak termasuk bonus play-off dan juga “market pool share”

Jika Juventus muncul sebagai juara, kelab berpangkalan di Turin itu akan menerima €54.7 juta, manakala sebaliknya jika Real Madrid adalah juara mereka akan menerima €53.7 juta hanya dari “performance bonus” sahaja.