Liga Super Malaysia

Juventus Terima Wang Tunai Lebih Tinggi Berbanding Real Madrid, Beza €11.8 Juta

Selepas berakhirnya UEFA Champions League 2016/17 dengan Real Madrid dinobatkan sebagai juara menewaskan Juventus 4-1, Football Tribe Malaysia membuat pengiraan hadiah kemenangan 2 pasukan ini sepanjang kempen UEFA Champions League 2016/17.

Struktur Hadiah Wang Tunai UEFA Champions League 2016/17

Jumlah wang yang akan diterima oleh pasukan bertanding adalah ditentukan mengikut prestasi pasukan dalam peringkat yang dilalui seperti dibawah.

Layak ke peringkat kumpulan
– Setiap pasukan akan menerima €12.7 juta

Peringkat Kumpulan:
– 1 x kemenangan akan menerima €1.5 juta
– 1 x seri akan menerima €500,000
– 1 x kalah tidak akan menerima apa-apa.

Kalah Mati ( R16 )
– €6 juta untuk setiap pasukan yang layak

Suku Akhir (R8)
– €6.5 juta untuk setiap pasukan yang layak

Separuh Akhir (R4)
– €7.5 juta untuk setiap pasukan yang layak

Final
– Juara akan menerima €15.5 juta
– Naib juara akan menerima €11 juta

 

Jumlah Yang Diterima Oleh Finalis UEFA Champions League 2016/17

Berdasarkan struktur pembahagian diatas, berikut adalah jumlah yang telah diterima oleh Juventus dan Real Madrid. Jumlah ini adalah untuk bonus prestasi dan tidak termasuk ‘Market Pool’ atau hak penyiaran perlawanan mereka.

1) Juventus (4W2D)

– Layak ke peringkat kumpulan €12.7 juta
– Peringkat kumpulan 4 kali menang, 2 kali seri menjadikan mereka menerima €7 juta
– Dari peringkat kalah mati R16 hingga separuh akhir, Juventus menerima €20 juta
– Sebagai naib juara UEFA Champions League, Juventus menerima €11 juta

Jumlah keseluruhan untuk bonus prestasi Juventus sepanjang kempem UEFA Champions League adalah €50.7 juta.
2) Real Madrid (3W3D)


– Layak ke peringkat kumpulan €12.7 juta
– Peringkat kumpulan 3 kali menang, 3 kali seri menjadikan mereka menerima €6 juta
– Dari peringkat kalah mati R16 hingga separuh akhir, Real Madrid menerima €20 juta
– Sebagai juara UEFA Champions League, Real Madrid menerima €15.5 juta

Jumlah keseluruhan untuk bonus prestasi Real Madrid sepanjang kempem UEFA Champions League adalah €54.2 juta.

 

Pembahagian Hasil Hak Penyiaran / Market Pool

Dari bonus prestasi pasukan dalam UEFA Champions League, Real Madrid berjaya mengatasi Juventus dengan perbezaan €3.5 juta. Namun jika hasil hak penyiaran untuk UEFA Champions League ditambah, jumlah yang diterima oleh Juventus adalah jauh berbeza berbanding Real Madrid.

Perkara ini berlaku kerana ada 4 wakil Sepanyol dalam kejohanan UEFA Champions League 2016/17 dan ini akan menyebabkan hasil hak penyiaran akan dibahagi kepada 4 pasukan.

Manakala bagi wakil Itali, hanya ada 2 pasukan iaitu Juventus dan SSC Napoli.

Seperti mana yang kita tahu, 3 wakil Sepanyol berjaya lolos ke peringkat suku akhir, dan pada peringkat separuh akhir ada 2 wakil, seterusnya pada peringkat akhir ( Real Madrid ). Oleh yang demikian, hasil hak penyiaran lebih kecil akan diterima oleh kelab-kelab dari Sepanyol. Menurut majalah ekonomi tersohor, Forbes, jumlah ‘Market Pool’ yang diterima oleh Real Madrid adalah sekitar €35.3 juta sahaja.

Berbeza dengan Italy, dari 2 wakil mereka, SSC Napoli terkandas pada peringkat pusingan kalah mati R16. Oleh yang demikian, Juventus berjaya membolot sebahagian besar hasil hak penyiaran, dan dianggarkan sekitar €50.6 juta.

Jika dikira semula, jumlah besar wang yang diterima oleh Juventus adalah €101.3 juta, manakala Real Madrid pula menerima €89.5 juta.