Enjin carian terbesar China, Baidu, dilaporkan oleh CCTV2 bersedia untuk mengambil alih sebuah lagi kelab Serie A – AC Milan dengan jumlah USD437 juta!
CEO Baidu, Robin Li, dilaporkan sedang melakukan perbincangan lanjut berkenaan pengambialihan dan berdasarkan laporan oleh agensi berita Perancis, AFP serta Reuters juga memberitahu, pembincangan itu sudah hampir selesai.
Baru-baru ini juga, sebuah gergasi dalam perniagaan elektrik dan elektronik China, Suning, telah berjaya mengambil alih pegangan majoriti 70% dalam Inter Milan dari Erick Thohir. Jika Baidu berjaya membeli AC Milan, sudah ada beberapa peminat yang melabelkan derby dua pasukan itu sebagai “China-Derby”!
Namun ada beberapa issue dilaporkan yang menyatakan bahawa terdapat 2 maklumat berbeza berkenaan nilai pengambil alihan AC Milan ini. Laporan dari The Offside menyatakan bahawa nilai pembelian itu adalah sebanyak USD437 juta manakala China Post mendedahkan jumlahnya adalah sekitar USD776 juta hingga USD825 juta.
Dari maklumat yang kami perolehi, perbezaan itu adalah disebabkan oleh defisit hutang yang sedia ada AC Milan dan pihak China telah menyatakan bersedia untuk menanggung semua hutang tersebut serta ‘payment term’ selama 2 tahun. AC Milan berada ditempat ke 5 senarai kelab bola sepak eropah yang paling tinggi hutang dengan jumlah USD310 juta, mengikut laporan dari Total Sportek.
Selain dari AC Milan, Football Channel Malaysia menyenaraikan beberapa pengambilalihan dan pembelian saham dalam kelab bola sepak eropah oleh pelabur China.
- 20% pegangan dalam Atletico Madrid oleh orang kedua terkaya di China, Wang Jianglin dari Dalian Wanda Group, bernilai €45 juta.
- 56% pegangan dalam Espanyol oleh Rastar Group, peneraju dalam bidang automotif China diketuai oleh billionair, Chen Yansheng, bernilai €17.8 juta.
- 70% pegangan dalam Inter Milan oleh syarikat jualan elektronik China, Suning – juga merupakan pemilik kelab China Super League, Jiangsu Suning, bernilai €237 juta, diketuai oleh Zhang Jindong, pengerusi Suning Group.
- 13% pegangan dalam City Football Group dari konsortium CMC bernilai €400 juta, yang memiliki pegangan dalam Manchester City, New York City, Yokohama F Marinos dan Melbourne City FC.
- 100% pegangan dalam Aston Villa oleh Recon Group yang diketuai oleh Tony Jiantong Xia.
- 80% pegangan dalam kelab Perancis, Nice FC oleh Plateno Hotel Group diketuai oleh Alex Zheng dan Chieng Lee bersama rakan niaga mereka dari Amerika Syarikat Paul Conway.
- 60% pegangan dalam Slavia Prague FC oleh CEFC Energy Group, dan akan melabur sebanyak €50 juta dalam tempoh 5 tahun akan datang.
- 98% pegangan dalam ADO den Hague bernalai €10 juta oleh United Vansen International Group, diketuai oleh Wang Wui.
- 100% pegangan dalam Sochaux FC, kelab Ligue 2, dengan nilai €7 juta oleh Ledus, anak syarikat Tech Pro Technology Development, pengeluar LED berpangkalan di Hong Kong, diketuai oleh Li Wing Sang
Ini hanyalah beberapa kelab yang sudah diambilalih atau mempunyai investment dari ahli perniagaan China. Kami akan terus mengemaskini senarai ini secepat mungkin.
Namun, apa yang penting, jelas kelihatan bilionair China menyahut seruan Presiden mereka, Li Jinping bagi melakukan transformasi bola sepak China menuju 2050 sebagai salah sebuah ‘Football Powerhouse’ dunia.
Nota: Jika anda berminat untuk menghantar artikel kepada kami, sila emelkan kepada footballchannelmy@gmail.com