Luar Negara Berita

Neymar dibayar € 375,000 jika berkelakuan baik

Football Leaks sebelum ini telah membocorkan salah satu klausa dalam kontrak Neymar yang menyatakan bahawa beliau akan dibayar € 375,000 sebagai bonus jika beliau berkelakuan baik.

Tapi nampaknya Neymar tidak akan mendapat bayaran tersebut untuk bulan ini apabila telah gagal hadir ke latihan pra-musim.

Semua pemain Paris Saint-Germain mempunyai bonus seperti ini dalam kontrak mereka, bahkan di akademi dan di bahagian lain, dan ia lazim di seluruh Perancis.

Bonus ini juga boleh ditahan jika terdapat mana-mana pemain yang melakukan kesalahan disiplin yang memberi kesan buruk kepada pasukan.

Hadir lewat ke padang latihan atau mengeluarkan komen buruk boleh menafikan mereka daripada mendapat bonus terbabit dan bonus itu akan digunakan untuk membayar badan amal PSG.

Serge Aurier, Adrien Rabiot, Edinson Cavani dan Marco Verratti adalah beberapa pemain yang telah dikenakan hukuman terbabit dan terbaru, Neymar bakal mendapat hukuman yang sama apabila gagal melapor diri.

Walaupun gaji keseluruhan Neymar adalah 34 juta euro, dia tidak akan mendapat bonus ini pada bulan ini.