Luar Negara Berita

Hari ini dalam sejarah, Cristiano Ronaldo lakukan perkara yang mengagumkan

Kami bawakan anda berjalan ke lorong sejarah bagi mengembalikan waktu yang luar biasa dalam salah satu sejarah terbaik final Kejohanan Eropah ketika Portugal memenangi final tersebut selepas menewaskan Perancis.

Cristiano adalah antara watak penting pada malam kemenangan tersebut.

Dia yang dipaksa keluar akibat kecederaan telah tekad untuk membantu pasukan daripada luar padang dengan bersama-sama menjadi pengurus.

Dia telah menunjukkan betapa gigihnya beliau untuk membantu pasukan biarpun gagal membantu diluar padang selepas kecederaan pada minit ke-25 telah memaksa beliau untuk keluar.

Ketika permainan menjangkau minit ke 90, Ronaldo menghabiskan sebagian besar masa tambahan berdiri di tepi padang dengan lututnya dibungkus ais.

Dia berada di kawasan teknikal bersama jurulatih Fernando Santos.

Ketika Santos memberi arahan kepada pemain lain, Ronaldo turut sama berada di belakang jurulatih terbabit untuk memberi arahan kepada rakan sepasukannya.

Portugal menang melalui bekas penyerang Swansea, Eder yang merembat dari luar kotak penalti dengan Portugal merangkul Kejohanan Eropah untuk kali pertama.