Marcus Rashford mempertahankan tindakan rakan sepasukan, Lingard ketika pemain rakan sepasukan beliau terpalit dengan kontroversi sebelum ini.
Tindakan Lingard merakam video dengan kata-kata lucah bersama-sama dengan kawan-kawannya ketika bercuti di Miami mendapat kecaman daripada netizen.
Dia dikritik kerana video yang dimuat naik di laman Snapchat, tetapi Rashford tampil mempertahankan tindakan Lingard.
Bercakap pada sidang akhbar, penyerang itu berkata: “Saya tidak bercakap dengan pengurus mengenai perkara itu tetapi dari apa yang saya lihat, orang perlu memahami bahawa dia menikmati percutiannya dan ia adalah satu kesilapan kerana tidak ada banyak yang boleh saya katakan tentang itu.”
"You always want to score as many goals as you possibly can." 👊@MarcusRashford discusses his aims and ambitions for 2019/20… #MUFC #MUTOUR pic.twitter.com/BbMNwwQXVB
— Manchester United (@ManUtd) July 10, 2019
Rashford mengakui United tidak cukup baik musim lalu dan percaya pasukan kini berada dalam keadaan yang lebih baik menjelang kempen baru.
“Suasana adalah bagaimana ia sepatutnya, semua orang positif, musim lalu tidak cukup baik, kami berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding tahun lepas,” kata pemain berusia 21 tahun itu.